Sunday, November 1, 2009

Apa itu Rancangan Perniagaan (RP)?

1. Rancangan perniagaan atau ringkasannya RP ialah sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.

2. RP juga dikenali sebagai kertas kerja atau kertas projek.

TUJUAN RP

1.Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan.Antaranya ialah seperti berikut:
  • Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau yang berkaitan,nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan.
  • Merancang projek baru itu.
  • Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan.
  • Menilaikan daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.
ISI KANDUNGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan umumnya mengandungi perkara-perkara berikut.

Saturday, October 31, 2009

Latar Belakang Perniagaan

Latar belakang perniagaan perlulah mengandungi maklumat-maklumat perniagaan yang dicadangkan.Antaranya ialah :
  • Alamat - Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat-menyurat.Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  • Bentuk Perniagaan - Nyatakan samada perniagaan berbentuk perseorangan , perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
  • Tarikh dan Nombor Pendaftaran - Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan sahaja, jika belum berdaftar, nyatakan masih dalam proses pendaftaran.
  • Modal Permulaan - Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke dalam perniagaan.Bagi perniagaan sendirian berhad, nyatakan Modal Dibenar dan Modal Dibayar Perniagaan
  • Bank - Nyatakan bank dimana perniagaan mempunyai akaun.

Friday, October 30, 2009

Latar Belakang Pemilik dan Rakan Kongsi

Menyatakan maklumat pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan dan perlu disediakan untuk setiap rakan kongsi.
  • Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Umur, Jantina
  • Alamat tetap, No Telefon, Tarikh Perkahwinan
  • Kelulusan Akademik
  • Kursus yang pernah dihadiri
  • Kemahiran dan Pengalaman
  • Pekerjaan Sekarang
  • Perniagaan lain yang pernah diceburi